Terma & Syarat
Terakhir dikemas kini: 12 August 2026
1. Pengenalan
ViralKaya ("ViralKaya", "kami") adalah tool content generation berkuasa AI yang membantu affiliate dan content creator hasilkan script dan caption untuk platform seperti TikTok, Threads dan Facebook.
Dengan buat akaun, subscribe, beli credit, atau guna ViralKaya dalam apa cara sekalipun, anda bersetuju dengan Terma & Syarat ini. Kalau tak setuju, sila berhenti guna servis ini.
2. Akaun
- Anda perlu bagi email yang sah dan verify sebelum guna app ni.
- Satu akaun untuk satu orang je. Share login tak dibenarkan.
- Anda bertanggungjawab atas semua aktiviti dalam akaun anda, termasuk jaga password anda supaya selamat.
- Anda mesti layak dari segi undang-undang untuk masuk kontrak di negara tempat anda tinggal.
3. Subscription & billing
Versi terma: 27 September 2026
- Pro datang dengan kuota content generation bulanan. Kuota ini reset setiap bulan billing dan generation yang tak guna takkan carry over.
- Harga sekarang mungkin harga promosi. Kalau akses anda tamat dan anda beli balik nanti, harga yang ada waktu itu mungkin lebih tinggi. Kami tak jamin harga lama atau promosi akan kekal.
- Kami boleh tukar harga, had plan atau features. Perubahan harga untuk subscription sedia ada akan dimaklumkan dulu sebelum berkuat kuasa.
3.1 Pas Akses (mulai 27 September 2026)
- Pembelian baharu ViralKaya Pro adalah Pas Akses bayaran sekali (1 Bulan, 3 Bulan atau Tahunan) melalui ToyyibPay (FPX online banking). Setiap pas adalah satu bayaran untuk tempoh akses tetap.
- Pas Akses TIDAK auto-renew. Bayaran dibuat sekali melalui FPX online banking dan tiada caj lanjut akan dibuat. Bila pas tamat, akaun anda kembali ke plan percuma dan anda boleh beli pas baharu bila-bila masa.
- Kalau anda beli pas baharu semasa pas sedia ada masih aktif, tempoh baharu akan ditambah di atas tarikh tamat semasa anda.
3.2 Langganan Kad (sebelum 27 September 2026)
- Langganan yang dibeli sebelum 27 September 2026 melalui payment processor kad (Stripe) adalah langganan berulang yang auto-renew sehingga dibatalkan. Kami tak simpan butiran kad anda.
- Anda boleh batalkan langganan kad sedia ada bila-bila masa dari billing portal. Selepas pembatalan, akses berterusan sehingga hujung tempoh berbayar semasa dan tiada caj lanjut dibuat.
4. Credit (top-up)
- Credit top-up adalah add-on pilihan untuk user yang ada subscription Pro aktif.
- Credit yang dibeli tak akan expire.
- Subscription Pro yang aktif diperlukan untuk guna credit. Kalau subscription anda tamat, baki credit kekal dalam akaun anda tapi tak boleh digunakan sampai anda subscribe semula.
- Credit tak boleh dipindah milik, tak boleh ditukar dengan wang tunai, dan tiada nilai kewangan.
5. Tiada refund
Semua bayaran kepada ViralKaya adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
Ini termasuk, tanpa had:
- Yuran subscription, termasuk untuk tempoh billing separa atau tak digunakan;
- Pembelian credit top-up, sama ada credit digunakan atau tidak;
- Content generation bulanan yang tak digunakan;
- Pembelian secara tak sengaja, duplicate atau tersilap;
- Tidak berpuas hati dengan output yang dijana AI, atau performance content yang anda publish (views, engagement, clicks, jualan atau komisyen);
- Akaun yang digantung atau ditamatkan kerana melanggar Terma ini.
Pas Akses ialah bayaran sekali tanpa caj automatik, jadi tiada apa yang perlu dibatalkan — akses tamat apabila pas berakhir. Untuk langganan kad lama, cancel hanya menghentikan billing akan datang sahaja: anda kekal ada akses sampai habis tempoh yang anda dah bayar, dan tiada refund separa atau pro-rated untuk tempoh itu. Sila semak plan dan harga dengan teliti sebelum beli.
6. Penggunaan yang dibenarkan
- Jangan guna ViralKaya untuk hasilkan atau sebarkan content yang menyalahi undang-undang, kebencian, gangguan, fitnah, lucah, atau berbahaya kepada kanak-kanak.
- Jangan guna servis ini untuk scam, dakwaan kesihatan atau kewangan yang mengelirukan, atau content yang melanggar peraturan platform tempat anda publish.
- Jangan jual semula, sublicense, scrape, reverse engineer atau automate akses ke servis ini tanpa kebenaran bertulis kami.
- Peraturan komuniti: post akan disemak dulu sebelum jadi visible kepada umum. Bahasa kesat, content lucah, nombor telefon, butiran hubungan peribadi dan spam tak dibenarkan. Kami boleh hide atau remove mana-mana post atau reply.
7. Content dijana AI
- Output dijana oleh AI model dan mungkin mengandungi kenyataan yang tak tepat, lapuk atau mengelirukan. Sentiasa semak dan edit sebelum publish.
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas content yang anda publish dan untuk patuh peraturan TikTok, Threads, Facebook serta mana-mana affiliate programme yang anda sertai (contohnya Shopee Affiliate), termasuk keperluan disclosure.
- Kami tak jamin sebarang result, reach, engagement, income atau komisyen tertentu daripada guna content yang dijana.
- Anda boleh guna content yang dijana untuk tujuan komersial anda sendiri. Output yang serupa mungkin dijana untuk user lain; kami tak beri eksklusiviti ke atas mana-mana ayat atau idea.
8. Link pihak ketiga dan data produk
Bila anda paste link produk, kami fetch maklumat yang tersedia secara umum dari page tersebut untuk bantu generate content. Maklumat itu mungkin tak lengkap, lapuk atau tak tepat, dan boleh berubah tanpa notis.
ViralKaya adalah tool bebas dan tiada kaitan, tak disokong, atau ditaja oleh Shopee, Lazada, TikTok, Meta atau mana-mana platform lain yang disebut dalam app ini.
9. Ketersediaan servis
Servis ini disediakan "as is" dan "as available". Kami boleh tambah, ubah, hadkan atau hentikan features, dan mungkin ada downtime untuk maintenance, gangguan pihak ketiga atau isu di luar kawalan kami. Kami tak jamin operasi tanpa gangguan atau bebas error.
10. Penggantungan dan penamatan
Kami boleh gantung atau tamatkan akaun anda, tanpa refund, kalau anda melanggar Terma ini, menyalahgunakan servis, cuba bypass had penggunaan atau bayaran, atau terlibat dalam aktiviti fraud atau menyalahi undang-undang. Anda boleh berhenti guna ViralKaya dan padam akaun anda bila-bila masa.
11. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, ViralKaya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung atau berbangkit, termasuk kehilangan income, komisyen affiliate, data, sekatan akaun atau ban yang dikenakan oleh platform pihak ketiga, atau kerosakan reputasi akibat penggunaan servis atau content yang dijana.
Jumlah liabiliti kami untuk sebarang tuntutan berkaitan servis ini terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada kami dalam tempoh satu (1) bulan sebelum kejadian yang menyebabkan tuntutan itu.
12. Perubahan Terma ini
Kami boleh kemas kini Terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di page ini dengan tarikh "Terakhir dikemas kini" yang baru. Terus guna ViralKaya selepas kemas kini bermaksud anda terima Terma yang disemak semula.
13. Undang-undang yang terpakai
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa ke atas sebarang pertikaian, tanpa menjejaskan hak pengguna berkanun yang anda ada di tempat anda tinggal.
14. Hubungi kami
Ada soalan pasal Terma ini? Email kami di salesviralkaya@gmail.com, atau guna widget Need help dalam app.